Pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 mulai tahun ini

PUTRAJAYA: Pendapatan minimum penjawat awam merangkumi gaji dan elaun tetap perlu melebihi RM2,000 sebulan bermula tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui jumlah pendapatan menyeluruh paling minimum yang diterima sebelum ini iaitu RM1,765 adalah tidak munasabah.

“Saya setuju jumlah yang diterima sebelum ini tidak munasabah. Oleh itu tahun ini penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kita gunakan kriteria dan ukuran baharu iaitu pendapatan menyeluruh termasuk gaji dan elaun tetap mesti lebih daripada RM2,000.



“Saya juga ucapkan terima kasih kepada kerajaan Sabah dan Sarawak kerana bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) bagi diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.

“RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang,” katanya berucap sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 yang bertemakan Pekerja Kesuma Bangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker