Sayap Bersekutu Bersatu bidas Ketua Penerangan PAS, usah bangkitkan lagi isu sekolah vernakular

Ketua sayap Bersekutu Bersatu menegur Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari kerana membangkitkan isu sekolah vernakular dalam kempen PRK Kuala Kubu Baharu, disifatkan percubaan mendiskriminasi latar belakang pendidikan lawan.

Chong Fat Full turut menegur pihak memulakan pertikaian dengan membangkitkan taraf pendidikan calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut, selepas poster profilnya memaparkan beliau memiliki diploma dan sarjana tanpa ijazah.

Mengulas kenyataan Fadhli yang berharap pendedahannya berkait isu sekolah vernakular membabitkan calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao terus diingati pengundi, Chong berharap ia dihentikan dan semua pihak mengamalkan politik matang dalam berkempen.



“Saya pun daripada sekolah vernakular, apa masalahnya? Tak ada beza pun (dengan sekolah arus perdana),” katanya kepada FMT mengulas pertikaian latar belakang pendidikan Pang oleh pemimpin PAS itu yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

“Kita kena bersaing secara politik matang. Kena hentikan semua ini. Kalau nak berkempen, berceramahlah mengenai dasar kerajaan, apa arah ekonomi kita, macam mana nak buat lebih baik untuk rakyat. Jangan lah kata macam itu (pertikai pendidikan), saya tengok pun rimas.”

Kelmarin, Fadhli mencabar Pang menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengahnya, memandangkan ia tidak dinyatakan dalam poster profil calon PH itu.

Pang kemudiannya mendedahkan keputusan UPSR dan SPM yang menunjukkan beliau mendapat ‘A’ dalam semua mata pelajaran diambil.



Menurut slip keputusan peperiksaan yang dikongsinya, ahli DAP itu menduduki UPSR di SJKC On Pong, Hulu Langat, manakala SPM di SM Chung Hua, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Chong turut berharap semua pihak bangga dengan calon mempunyai latar belakang akademik baik kerana ia menunjukkan kesungguhan individu untuk menambah ilmu, merujuk Khairul yang memiliki sarjana pada usia 51 tahun.

“Saya pun ada ambil MBA profesional dari UTM Space (kursus sarjana dengan pengalaman kerja), ia bukan mudah,” katanya.

“Kita tak boleh diskriminasi calon atas latar belakang pendidikannya…kadang-kala orang itu tak berpeluang dulu, sekarang lepas dah kerja, beliau teruskan niat nak sambung (belajar), kita kena hormatlah.”



Menurut profilnya, Khairul memiliki sijil Diploma Eksekutif Pengurusan daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Selain Pang dan Khairul, PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan turut membabitkan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) manakala Nyau Ke Xin (bebas).

Sumber: FMT

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia



Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker