Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS dipenjara 15 tahun, didenda RM284.2 juta

Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS dipenjara 15 tahun, didenda RM284.2 juta

Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Otman Arsahd dihukum penjara 15 tahun dan didenda RM284.2 juta oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas 32 tuduhan rasuah dan 64 tuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman berkenaan selepas mendapati Otman bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan yang dilakukan sejak tahun 2012.



Kamarudin membuat keputusan itu selepas memutuskan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, di akhir pembelaan.

Bagaimanapun, Kamarudin membenarkan Otman yang diwakili peguam Rafique Rashid Ali menangguhkan pelaksanaan hukuman itu dengan syarat wang jaminan ditambah RM300,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga mengarahkan barang kes diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk pelupusan tertakluk kepada rayuan dan permohonan dari mana-mana pihak.

Harta tertuduh dilucut hak kepada kerajaan



Mahkamah sementara itu membenarkan permohonan pendakwaan supaya semua harta dibenarkan dilucut hak kepada kerajaan mengikut Seksyen 40(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pada 31 Mac 2016, Otman mengaku tidak bersalah di atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta di Pejabat Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, antara 28 Februari 2012 hingga 18 November 2015.

Pada 21 April 2016, Otman juga mengaku tidak bersalah atas 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank, RHB dan CIMB Berhad menerusi cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Disember 2015.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal, Haresh Prakash Somiah dan Harris Ong Mohd Jeffery Ong. BH



Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS dipenjara 15 tahun, didenda RM284.2 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)



Cebisan mayat berselerak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker