Belum sempat ‘bersama’, pengantin perempuan meninggal dunia selepas dinikahkan

Gambar Hiasan

Seorang pengantin perempuan di Palembang, Indonesia meninggal dunia 5 minit selepas diijab kabul bersama pasangannya, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.

Kisah sedih itu dimuat naik dalam akaun Instagram @viralyes.

Dalam video tersebut, sebuah van jenazah tiba di pekarangan rumah pengantin perempuan untuk membawa mayat wanita itu ke Hospital Mohammad Hoesin di Palembang.

Halaman rumah tersebut sudah disediakan khemah dan kerusi untuk tetamu. Namun, kelihatan beberapa lelaki bekerjasama membantu van jenazah masuk ke bawah khemah.



“Perkahwinan yang pada awalnya penuh kebahagiaan bertukar duka. Selepas 5 minit ijab kabul, pengantin perempuan menghembuskan nafas terakhir,” tulis akaun tersebut.

Pengantin perempuan dilaporkan meninggal dunia akibat keletihan dan hipertensi semasa perarakan perkahwinan. Dia didakwa pengsan sebelum disahkan meninggal dunia. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)



Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker