Shila Amzah ‘koyak’ pulak

Shila Amzah ‘koyak’ pulak

Penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh media sosial, Ubai MZ berdepan banyak ujian sejak bertunang.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 32, selain kecaman dan hinaan, ada juga segelintir pihak yang berani menghasutnya dengan menghantar mesej langsung (DM) menerusi Instagram termasuklah menentukan siapakah yang paling sesuai untuk dijadikan pasangan penyanyi itu.



Bahkan, ada yang mendoakan supaya hubungannya bersama Ubai tidak kesampaian.

“Misi mencucuk jarum? Nak kata pasal menghasut kami berdua banyak dapat pesanan langsung yang pelik-pelik. Siap ada cakap patut Sha dengan si polan dan si polan, tapi kita lagi tahu pasangan kita macam mana.

“Dan semestinya Sha akan ‘koyak’, sejak berkawan dia (Ubai) yang paling tahu.

“Ada yang sampai mendoakan hubungan ini tidak lama,” katanya ketika ditemubual bersama program Melodi.



Dalam pada itu, Ubai mengaku ujian datang sejak dia mengambil keputusan untuk berkawan dengan pelantun lagu Patah Seribu itu.

“Jangan cakap bertunang, ujian dan dugaan kehidupan ini pun sejak saya berkawan dengan Sha dan umumkan tentang hubungan kami.

“Itu dan ini orang cakap, ada yang mendoakan tidak lama, cuma kita doakan yang baik-baik.

“Ujian, DM makin kencang. Kalau datang tawaran pekerjaan tidak apa, ini datang hinaan dan kecaman, kenapa?,” jelasnya.



Meskipun sedar dengan dugaan dalam fasa pertunangan, Ubai menganggap ia sebagai ujian untuk mengukuhkan lagi hubungan.

Ubai berharap, dia dan Shila sentiasa menjaga nama baik dan tidak menyebarkan aib individu yang tidak bertanggungjawab.

“Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang, jadi jaga sahaja nama baik dan jangan buruk-burukkan orang yang mesej kita dan jangan sebarkan aib mereka,” ujarnya. Xtra

Shila Amzah ‘koyak’ pulak



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat



Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah

Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)



Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker