Lelaki biadab lawan arus, tunjuk jari tengah ditahan

Tindakan seorang lelaki yang tular tidak bertopi keledar dan melawan arus di persimpangan lampu isyarat sekitar Sungai Manggis di sini, memakan diri apabila ditahan pihak berkuasa, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.08 petang itu, lelaki berusia 55 tahun itu dikatakan turut bersikap biadab menunjukkan jari tengah kepada pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, perkara itu dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) yang menerima satu video tular daripada media sosial.



“Video itu memaparkan motosikal dinaiki dua individu yang melakukan kesalahan menunggang melawan arus dan tidak memakai topi keledar. Penunggang motosikal itu turut menunjukkan jari tengah kepada pengguna jalan raya lain,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat, polis kemudian pergi ke rumah individu tersebut di sekitar daerah ini.

“Lelaki itu dikenakan tindakan disaman atas pelbagai kesalahan lalu lintas. Kedua-dua individu itu turut diberi nasihat oleh anggota polis atas tingkah laku yang dilakukan mereka,” ujarnya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM



Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?



Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker