Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Debat tidak rasmi yang disiarkan secara langsung menerusi laman media sosial antara dua aktivis politik berakhir dengan Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris dimalukan oleh lawannya, Wan Mahussin Wan Zin.

Debat sehari sebelum Hari Raya Aidiladha itu menyaksikan Papagomo cuba menunjuk bijak dengan hujahnya kenapa UMNO perlu ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Bagaimanapun, hujah itu dipatahkan dengan mudah oleh Wan Mahussin selaku Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli dengan menyifatkan Papagomo tidak ada semangat kemelayuan apabila lari daripada perjuangan.

“Abang (merujuk panggilan kepada Papagomo) boleh kata saya bodoh tetapi abang tak boleh memperbodohkan saya dengan hujah abang.

“Kononnya abang ini berjuang kepada UMNO tapi abang suruh orang lain undi Perikatan Nasional (PN). Mana boleh, kalau kita mendakwa pejuang UMNO, suruhlah orang undi UMNO.

“Baharulah parti kita kuat, barulah kita boleh bersatu,” balas Wan Mahussin dalam live berkenaan.

Papagomo yang kelihatan beberapa kali minum air cuba menasihatkan anak muda dari Kelantan itu tetapi ditolak kerana beliau sendiri tidak setia kepada parti walaupun pernah memegang jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO.

Berdasarkan komen netizen pada live berkenaan, seratus peratus bersetuju dan memihak dengan hujah Wan Mahussin yang mempertahankan parti UMNO daripada diperlekehkan oleh Papagomo.

“Abang kata nak selamatkan agama dan bangsa sedangkan parti adalah alat tetapi awal lagi abang sudah lari daripada perjuangan. Adakah, abang nak peralatkan parti untuk kepentingan diri?” soalnya.

Hujah itu menimbulkan kemarahan Papagomo dengan suara tinggi menegaskan, orang yang memperalatkan parti ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tuduhan Papagomo itu tidak dipersetujui Wan Mahussin dengan membalas, kerana ketegasan Ahmad Zahid, UMNO dapat bertahan hingga sekarang daripada perancangan pihak tertentu yang hendak membubarkan parti itu.

“Kerana kedegilan Ahmad Zahid UMNO kekal sampai sekarang. Kalau tidak, sudah lama UMNO mati kerana ada beberapa kerat bekas pemimpin parti itu merancang untuk menggantikannya dengan parti Bersatu.

“Kalau abang kata, UMNO boleh dibubarkan bila-bila masa sahaja ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Dalam Negeri, kenapa tidak gunakan kuasa yang sama untuk bubarkan parti DAP?” soalnya lagi.

Wan Mahussin berkata begitu kerana Papagomo menyatakan ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ketujuh dan Muhyiddin Menteri Dalam Negeri – mereka berdua boleh sahaja membubarkan UMNO.

Jawab anak muda itu, kuasa Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak boleh sewenang-wenangnya berbuat demikian melainkan perlembagaan parti sendiri yang berhak membubarkannya.

“Caranya ialah jangan adakan mesyuarat di peringkat cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung sehingga Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengeluarkan notis membatalkan pertubuhan itu.

“Menteri KDN tidak ada kuasa. Kalau ada kuasa sekali pun kenapa tidak bubarkan sekali DAP kerana parti ini mengganggu gugat kestabilan negara,” katanya.

Pada akhir perdebatan itu, Papagomo menolak permintaan Wan Mahussin untuk mengadakan siri kedua dengan alasan tidak mahu berdebat dengan budak yang masih mentah. MG

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker