Mati ‘disedut’ enjin pesawat

Mati ‘disedut’ enjin pesawat

TEXAS (Amerika Syarikat): Seorang pekerja syarikat penerbangan maut selepas ‘disedut’ enjin pesawat dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa San Antonio di Texas.

Kejadian berlaku ketika sebuah pesawat dari Los Angeles baru sahaja mendarat pada kira-kira 10.30 malam hari Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).



Menurut NTSB, pesawat itu milik Delta Air Lines dan pihaknya sedang berhubung dengan syarikat penerbangan berkenaan untuk menjalankan siasatan mengenai insiden itu.

Pekerja itu merupakan kakitangan Unifi yang mempunyai kontrak dengan Delta.

“Kami sedih dan berduka cita dengan kehilangan nyawa ahli keluarga petugas di San Antonio. Simpati dan doa kami buat keluarga, saudara dan rakan mangsa pada masa sukar ini,” memetik e-mel Delta.

Sementara itu, Unifi Aviation dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa insiden itu tidak berkaitan dengan proses operasi, prosedur keselamatan dan polisi Unifi.



“Doa kami buat waris mangsa dan kami akan terus memberikan sokongan kepada pekerja kami di lapangan dan memastikan mereka dalam keadaan yang baik pada masa ini,” menurut syarikat itu.

Pihak lapangan terbang akan memberikan apa jua maklumat yang diperlukan sebaik memperoleh maklumat lanjut berhubung insiden itu.
“Kami amat sedih dengan kejadian itu dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan,” menurut e-mel lapangan terbang. Awani

Mati ‘disedut’ enjin pesawat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker