Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)

Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)

Semalam, seorang penghantar makanan telah dikasari oleh dua orang lelaki dipercayai warga Singapura di sebuah stesen pam minyak di Bandar Puteri, Johor Bahru.

Menerusi video tersebut, penghantar makanan berkenaan telah menegur dua warga Singapura itu kerana mengisi minyak menggunakan tong.

Terkini, penghantar makanan tersebut didakwa telah kehilangan kerja selepas akaun e-Hailing miliknya digantung.

Menurut laporan Kosmo, penghantar makanan berusia 44 tahun itu berkata akaun e-Hailing miliknya telah digantung sejak video tersebut tular di media sosial.

Tidak berdiam diri, dia segera menghubungi perkhidmatan pelanggan syarikat e-Hailing dan diberitahu akan dihubungi pihak atasan syarikat dalam masa 24 jam.

Lepas 20 minit saya telah dihubungi pihak syarikat, saya diberitahu ada orang membuat laporan.

Menurutnya, terdapat individu yang melaporkan dirinya telah mengeluarkan pemutar skru untuk melawan dua warga Singapura berkenaan.

CCTV ada, boleh la check.
Malah, dia juga tidak dapat mengambil sebarang tempahan sejak semalam dan tidak tahu sehingga bila akaun miliknya akan digantung.

Saya dapat RM100, kena hantar RM50 untuk isi perut anak bini, begitulah kita di Malaysia, okay tak kalah pun, tak takut pun, akhirnya kita mati juga begitulah nasib rakyat Malaysia.

[videopress XIKtB4Hn]

Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya

“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker