Sila kecam – Shatirah Amanda
Sila kecam – Shatirah Amanda
Penyanyi muda, Shatirah Amanda, 23, sedia menerima kecaman netizen dalam usaha menaikkan namanya dalam industri muzik tanah air.
Shatirah Amanda atau nama sebenarnya, Tengku Shatirah Amanda Tengku Ahmad Badrulddin berkata, setiap orang mempunyai pendirian masing-masing, jadi dia tidak boleh menghalang kecaman netizen.
“Bagi saya, netizen adalah individu yang lain, saya individu yang lain. Jadi, jika mereka rasa perkara itu bagus untuk mereka, kekalkan dan jika sebaliknya, saya tidak boleh menghalang apa mereka katakan,” katanya yang bakal tampil dengan single berjudul Langit Bukan Limit dengan mempertaruhkan genre pop dan hip hop, komposer Mas Dewangga.
Berkongsi pengalaman menerbitkan lagu ini, Amanda berkata, lagu ini diilhamkan sendiri dan liriknya mengisahkan semangat wanita kental yang tidak mudah putus asa walaupun terpaksa berjuang sendiri demi mengejar cita-cita.
“Saya berharap lagu ini akan memberi semangat dan inspirasi kepada pendengar yang pernah melalui jalan hidup getir demi mencapai matlamat hidup,” katanya.
Menurutnya, dia lebih memilih lagu yang berkonsepkan genre K-Pop disebabkan kebanyakan lagu genre itu akan menaikkan semangat pendengar.
“Insya-Allah, saya akan menerbitkan lebih banyak lagu yang boleh menaikkan semangat pada masa akan datang dengan berkonsepkan genre K-Pop,” katanya.
Dalam pada itu, Amanda turut memaklumkan, dia banyak ditawarkan untuk masuk ke ‘girl group’, tetapi lebih memilih untuk bergerak solo. HM
Sila kecam – Shatirah Amanda
Baca Artikel Menarik:
- Azri belum cukup duit untuk kahwin dengan Dr Azra
- ‘Abang rider’ selamatkan wanita
- Rohana Jalil ‘pergi’ selepas kami selesai baca Yasin – Haiza
- Razarudin KPN, Ayob Khan timbalan
- Kerajaan bertukar lagi selepas PRN?
- Khabar angin tidak berasas – TMJ
- Ayob Khan di laluan pantas jadi IGP
- Muhyiddin, Hamzah tidak sebulu mengenai masa depan parti, kata sumber
- Arab Saudi perosak bola sepak?
- Bersuaralah pemimpin UMNO, jangan diam sahaja
- Mangsa ketawa peragut larikan rantai emas palsu
- Dua individu miliki nombor MyKad sama
- Isteri curah minyak mendidih pada kemaluan suami
- Berang Diminta Alihkan Motosikal, Penunggang Ini Doakan Tuan Kedai Bankrap
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Diva AA serang Diva BB? (Video)
Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip