Muhyiddin, Hamzah tidak sebulu mengenai masa depan parti, kata sumber

Khabar angin tercetus susulan laporan baru-baru ini yang mencadangkan bahawa PN akan menggantikan Hamzah dengan individu lain sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

Muhyiddin, Hamzah tidak sebulu mengenai masa depan parti, kata sumber

Spekulasi hangat bahawa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Hamzah Zainudin berselisih pendapat mengenai hala tuju parti.

Khabar angin itu tercetus susulan laporan baru-baru ini yang mencadangkan bahawa Perikatan Nasional akan menggantikan Hamzah dengan individu lain sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

Menurut Malaysian Gazette, gabungan itu, yang diketuai Muhyiddin, sedang mempertimbangkan antara Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Ketereh Khlir Nor sebagai pengganti Hamzah.

Seorang pemimpin Bersatu, yang enggan namanya disiarkan berkata, Muhyiddin dan Hamzah berselisih pendapat berhubung hal-hal berkaitan bagaimana PN dan Bersatu sepatutnya beroperasi.

Hal tersebut termasuk naratif yang patut diterima pakai apabila menentang kerajaan, dan kerusi mana yang akan ditandingi pada PRN akan datang.

“Pada peringkat kepimpinan dan akar umbi, ikatan PAS dan Bersatu kukuh.

“Tetapi ada yang tidak selesa dengan pendekatan ‘Gelombang Hjau’,” kata sumber itu, merujuk kepada pendekatan perkauman dan agama yang dianjurkan oleh PAS.

“Di sinilah Muhyiddin dan Hamzah berselisih pendapat.”

Sumber itu berkata, kebanyakan pemimpin parti bersetuju bahawa Bersatu perlu memperkukuh jentera partinya kerana ia sedang diatasi oleh parti Islam itu.

Bersatu bagaimanapun tidak boleh menyalahkan PAS kerana parti Islam itu menguruskan dirinya dengan baik.

“Kami (Bersatu) juga tidak boleh dipersalahkan kerana parti ini baru berusia tujuh tahun, sedangkan PAS sudah lebih 60 tahun,” kata sumber.

Berhubung kepimpinan masa depan parti, sumber itu berkata, Hamzah mahupun Azmin Ali, yang turut menganggotai Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), tidak boleh menggantikan Muhyiddin menerusi pemilihan parti akan datang disebabkan satu peruntukan dalam perlembagaannya.

Sumber itu berkata, perlembagaan parti memperuntukkan bahawa mereka yang ingin bertanding jawatan presiden parti, timbalan presiden atau naib presiden mesti menganggotai MPT sekurang-kurangnya dua penggal penuh.

“Jadi, tidak timbul isu siapa antara Hamzah atau Azmin harus memimpin, kerana ini akan memerlukan perlembagaan parti dipinda,” katanya.

Sementara satu lagi sumber dari Bersatu mendakwa perselisihan antara Muhyiddin dan Hamzah berpunca daripada peranan Azmin dalam parti.

Azmin, yang sedang dipersiapkan untuk menjadi “poster boy” akan datang untuk parti, terlibat dalam beberapa perbincangan peringkat tinggi yang tidak melibatkan Hamzah.

Semua keputusan nampaknya dibuat oleh penasihat Muhyiddin, dakwa sumber itu. Kelihatan seolah-olah ada “parti dalam parti”, tambahnya.

“Orang presiden” ini, menurut sumber itu, sudah ada sejak Bersatu ditubuhkan, dan sangat rapat dengan Muhyiddin sehingga tidak dapat diketepikan oleh beliau.

“Barisan kepimpinan baharu Bersatu, yang mungkin diketuai oleh Hamzah, harus mengambil alih untuk mengekalkan kehadiran politik yang kukuh.

“Bagaimanapun, Muhyiddin mahukan Azmin,” kata sumber itu.

Pada Sabtu, Muhyiddin meletakkan tanggungjawab merampas Selangor daripada Pakatan Harapan pada PRN akan datang ke atas Azmin, sebagai pengerusi PN negeri. FMT

Muhyiddin, Hamzah tidak sebulu mengenai masa depan parti, kata sumber

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker