Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Restoren milik Salt Bae di New York dilaporkan sudah ditutup.

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Empayar perniagaan cef selebriti, Salt Bae berdepan masalah selepas restoran Nurs-Et miliknya di London terus menerima ribuan ulasan buruk sementara cawangannya di New York pula dilaporkan akan ditutup.

Salt Bae Burger New York dibuka di 220 Park Avenue South, berhampiran Union Square Park, hanya sebulan sebelum pandemik Covid-19 bermula.



Menurut Daily Mail, restoran itu pernah dikritik kerana hiasan dalamannya dikatakan menyamai hangar pesawat dan harga makanan yang dihidangkan terlalu mahal, malah turut tersenarai antara restoran terburuk di New York City.

Walaupun papan tanda di pintu menyatakan restoran berkenaan berpindah ke lokasi baharu, jurucakapnya mendedahkan, semua menu Salt Bae Burger New York sebenarnya hanya akan dihidangkan di restoran stik sedia ada milik jenama itu dan bukannya di premis lain.

Berikutan penutupan restoran di New York, ramai yang tertanya-tanya sama ada cawangan Nurs-Et di London akan berdepan nasib serupa memandangkan premis itu dikritik hebat sejak dibuka.

Dua tahun selepas restoran Knightsbridge dibuka, restoran itu dilaporkan menerima banyak ulasan buruk di laman TripAdvisor, sekaligus meletakkannya di tempat ke-20,491 daripada 23,811 restoran di seluruh London.



“Makanan yang mengerikan. Daging langsung tidak sedap. Akhirnya kami terpaksa pergi untuk makan kebab berharga 5 pound (RM29.57) selepas membayar bil berharga 300 pound (RM1,774). Tempat ini adalah jenaka terbesar di London.

“Cawangan di Los Angeles, Turkiye dan Dubai sangat mengagumkan dan saya sangat mengesyorkannya tetapi yang pasti saya tidak akan kembali ke Nusr-et di London,” kata pengguna Twitter.

Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe yang berasal dari Turkiye tular di media sosial sejak tahun 2017 dengan gaya menabur garam uniknya dan kini sudah membuka restoran stik di lebih 20 lokasi di seluruh dunia serta mempunyai lebih 38 juta pengikut. Utusan

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat



Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen



Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker