Ayob Khan bakal timbalan ketua polis negara?

Ayob Khan bakal timbalan ketua polis negara?

Ayob Khan Mydin Pitchay dikatakan antara calon dipertimbangkan bagi jawatan timbalan ketua polis negara susulan keputusan Acryl Sani Abdullah Sani untuk berundur dari jawatan pegawai tertinggi polis.

Ayob, kini pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dikatakan antara empat nama disenarai pendek mengambil alih jawatan itu daripada Razarudin Husain, yang dijangka menggantikan Acryl bulan depan.



Sumber memberitahu FMT bahawa Suruhanjaya Pasukan Polis sudah menghantar nama-nama terpilih kepada Kementerian Dalam Negeri.

“Senarai itu termasuk pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Hazani Ghazali,” kata sumber itu.

Bagaimanapun sumber tidak mendedahkan dua nama calon lain.

September lalu, Hazani dinamakan pengarah operasi Bukit Aman bagi PRU15 untuk memastikan kelancaran pilihan raya.



Sebelum ini, Ayob mengetuai bahagian anti-pengganas dan kemudian dilantik ketua polis Johor, pada 2020.

Ketika di Johor, beliau menerima ugutan bunuh, yang dikatakan daripada kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang sudah dibubarkan. Ia dipercayai berkaitan penahanan dua Adun DAP yang didakwa mempunyai hubung kait dengan kumpulan berkenaan.

Pada Disember 2021, Ayob kembali ke Bukit Aman sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, sebelum dipindahkan ke JSJ pada April lalu.

Acryl memberitahu media bahawa beliau akan bersara pada minggu pertama Julai ini – tiga bulan lebih awal – selepas menerima tawaran pekerjaan di luar pasukan.



Kontrak beliau sepatutnya berakhir pada Oktober.

Dalam pada itu, sumber memberitahu FMT, Acryl dijangka dilantik sebagai pengerusi Bank Pembangunan.

FMT sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak bank. FMT

Ayob Khan bakal timbalan ketua polis negara?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat



Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen



Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker