Rizal Ghazali mengaku tidak bersalah cederakan teman wanita

Rizal Ghazali mengaku tidak bersalah cederakan teman wanita

Pemain Sabah FC, Mohd Rizal Ghazali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan mencederakan kekasihnya dan merosakkan telefon bimbitnya di sebuah hotel dua minggu lalu.

Menurut Sinar Harian, bekas pemain Harimau Malaya berusia 31 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.



Pemain pertahanan itu didakwa memukul Hani Farhana Hasrul Sani, 37, dan melakukan khianat dengan merosakkan telefon bimbit mangsa yang kerugiannya dianggarkan mencecah RM4,500.

Dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di sini pada 6 pagi 7 Jun lalu.

Bagi dakwaan mencederakan kekasihnya, Rizal didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tuduhan merosakkan telefon pula dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal mencadangkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan tidak mengganggu mangsa serta saksi.

Namun, peguam Suraj Singh yang mewakili tertuduh merayu kadar ikat jamin dikurangkan kerana anak guamnya memberi kerjasama baik kepada polis sepanjang siasatan, selain perlu menanggung ibu bapanya dan tiada risiko melarikan diri.

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan dicadangkan pihak pendakwaan.

Sebutan kes ditetapkan 24 Ogos ini. FMT



Rizal Ghazali mengaku tidak bersalah cederakan teman wanita

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah



Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew



Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker