Dia tengok baju nurse lain kot – Baby Shima sindir Wan Razali

Di hospital mana ada jururawat berbaju ketat, tanya Baby Shima

Dia tengok baju nurse lain kot – Baby Shima sindir Wan Razali

Sepanjang tempoh berkunjung ke klinik atau hospital, kata penyanyi Baby Shima, belum pernah lagi dia bertemu dengan jururawat berbaju ketat.

Jelas menyindir ahli parlimen pembangkang hari ini, penyanyi Ikatan Asmara itu berkata ada kemungkinan pihak yang merungut mengenai pakaian yang didakwanya ketat itu melihat ‘jururawat’ yang lain.



“Seumur hidup Shima pergi klinik atau hospital, tak pernah pulak nampak baju nurse tu ketat?

“Entah-entah dia tengok baju nurse lain kot,” katanya di media sosial dengan mengiringi hantaran berkenaan dengan ikon senyum.

Terdahulu semasa berbahas di Dewan Rakyat hari ini, Wan Razali Wan Nor mempersoalkan etika pemakaian seragam jururawat wanita di klinik dan hospital kerajaan.

Hal itu kerana Wan Razali menganggap pakaian mereka terlalu ketat dan tidak mematuhi aspek syariah.



Membahaskan usul Kertas Putih Kesihatan ahli parlimen PAS-PN itu mendakwa pakaian jururawat sekarang mengikut acuat Barat.

Justeru bekas pegawai Pos Malaysia Bhd Pahang itu menggesa kerajaan meneliti semula garis panduan pemakaian jururawat wanita, termasuk kemungkinan memberi kelonggaran kepada pihak klinik dan hospital menentukan etika yang sesuai.

“Kebanyakan jururawat wanita berpakaian ketat dan menampakkan bentuk badan, di mana ia tidak patuh syariah.

“Adakah kita masih berterusan mahu mengikut acuan Barat dalam etika pemakaian ini? Apakah ia tidak boleh diubah dan diberi kelonggaran?” katanya.



Untuk rekod, Wan Razali dan Baby Shima sebenarnya bukanlah asing antara satu sama lain.

Pada 8 Mac lalu Malaysiakini melaporkan Wan Razali membuat permohonan maaf secara terbuka selepas membuat hantaran yang tidak disenangi penyanyi terbabit.

Melalui hantaran Wan Razali di Facebook pada 17 Feb, dia menuduh Baby Shima “menjual agama” ekoran persembahan nyanyian yang diadakan sebelumnya.

Baby Shima kemudian memberi bayangan mahu menyaman Wan Razali.



Tidak cukup dengan hantaran menyindir itu, Baby Shima hari ini melanjutkan komennya dengan pertanyaan sinis: “Korang rasa kat hospital mana baju nurse yg ketat-ketat? Hospital Kuantan ke?” mk

Dia tengok baju nurse lain kot – Baby Shima sindir Wan Razali

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?



Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker