Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

bahagia terpisah

Ciuman tangan menjadi momen terakhir buat pelakon Puteri Sarah sebelum melepaskan statusnya sebagai isteri kepada kepada pengarah, Syamsul Yusof.

Pemilik nama lengkap, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu berbuat demikian di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin sambil disaksikan rakan-rakan di galeri awam Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Selepas enam bulan, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, akhinya melafazkan cerai talak satu pukul 12.25 tengah hari di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin.

Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.



Hakim Syarie Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Puteri Sarah, 38, menjalani edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perceraian mereka.

Terdahulu, sebelum Syamsul melafazkan cerai, Peguam Syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul mencadangkan agar pasangan itu bersalaman bagi memohon maaf.

Atas persetujuan bersama, mahkamah merekodkan defendan, Syamsul membayar nafkah bulanan RM6,000 kepada dua anak mereka.

“Mahkamah turut merekodkan defendan membayar nafkah tahunan kepada anak-anak antaranya insurans berjumlah RM3,500 dan percutian RM5,000 untuk setiap seorang anak. Selain itu, mahkamah merekodkan defendan membayar nafkah edah RM15,000 kepada plaintif,” katanya.



Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir pula berkata, Puteri Sarah memfailkan penceraian kerana tiada persefahaman dan keputusan Jawatankuasa Pendamaian (JKP) mendapati berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan).

“Saya dengan rendah diri mohon agar mahkamah meluluskan permohonan cerai dan minta defendan melafazkan cerai.

“Anak guam saya berada dalam keadaan suci dan ini adalah talak satu kali yang kedua yang mana talak satu pertama pada 9 Mei 2015 dan mereka rujuk semula pada 15 Mei 2015,” katanya.

Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka selepas JKP mengesahkan berlaku shiqaq dan kewujudan pihak ketiga.



Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua anak iaitu Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta

Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….



Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik

Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker