Puteri Sarah bertemu Ira Kazar?

Puteri Sarah bertemu Ira Kazar?

“Tiada komen,” demikian kenyataan pelakon, Puteri Sarah Liyana, 38, apabila mengulas sama ada sudi bertemu dan bertentang mata bersama bekas madu yang juga isteri Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Dalam masa sama, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut mengenai kes saman difailkan terhadap Ira sebelum ini.



“Mengenai kes dengan Ira, saya tak boleh dedahkan lebih lanjut,” katanya yang turut memberikan bayangan semuanya sudah selesai.

Puteri Sarah ditemui selepas Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, mengesahkan dia dan Syamsul bercerai dengan talak satu, kira-kira jam 12.23 tengah hari tadi.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, pihaknya masih belum berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

“Kes belum lagi dan tidak termasuk, bila di mahkamah tinggi barulah kami akan keluarkan kenyataan mengenainya.



“Setakat ini, belum boleh dikongsi. Sebab kami kena ke mahkamah tinggi untuk merekodkan semuanya, jadi ia masih dalam proses dan ‘confidential’,” katanya.

Sebelum ini, Puteri Sarah memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Ira, tahun lalu.

Kemudian, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan tarikh perbicaraan kes saman terhadap Ira pada 25, 28 dan 29 Ogos depan.

Terdahulu, pada 18 Ogos tahun lalu, media melaporkan Ira ditahan JAWI.



Pada Ogos tahun lalu, media turut melaporkan Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah. BH

Puteri Sarah bertemu Ira Kazar?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan



Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker