Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nama Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai, sekali lagi menjadi bualan ramai di media sosial selepas tular satu video menunjukkan dia melabel kereta yang bukan ‘supercar’ sebagai najis.

Sudah tentu, isterinya yang juga pelakon Fatin Afeefa terkena tempias dengan kenyataan Opai yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan peminat kereta.



Namun, Fatin sendiri terang-terangan mengaku bahawa dia tidak bersetuju dengan apa dikatakan oleh Opai serta berkata is sangat tidak patut.

“Memang Tak Patut, Kesian Siapa Bini Dia” – Fatin Afeefa ‘Menganjing’ Suami Isu Anggap Kereta Biasa ‘Najis’
Terbaru, aktres berusia 29 tahun itu dilihat sudah memadam video atau gambar bersama suami di Instagram dan hanya mempunyai hantaran tentang dirinya seorang.

Begitu juga Opai yang sudah tidak lagi mempunyai hantaran membabitkan Fatin di Instagram termasuklah gambar serta video perkahwinan mereka.

Dalam pada itu, peminat juga turut berharap agar aktres kegemaran mereka benar-benar akan berhijab apabila Fatin sudah berkali-kali dilihat memuat naik gambar memakai tudung.



Berkenaan kenyataan Opai tentang ‘supercar’ itu pula, Fatin sebelum ini berkata tindakan suaminya seperti merendah-rendahkan orang yang memiliki kereta lain.

Ibu kepada dua anak itu juga turut menunjukkan Mercedes AMG miliknya dan memperkenalkannya sebagai ‘najis’ sebagai tanda menyindir kenyataan Opai.

Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami



Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker