Anwar mahu Pulau Pinang diperintah pemimpin cerdik

GEORGE TOWN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meminta rakyat Pulau Pinang memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin yang cerdik daripada Pakatan Harapan (PH) untuk terus memerintah negeri ini.

Perdana Menteri berkata, beliau berharap Pulau Pinang akan terus kukuh sebagai negeri milik PH dan beliau di peringkat Kerajaan Pusat akan membantu Pulau Pinang untuk menyelesaikan apa sahaja masalah yang timbul di negeri ini.

“Pulau Pinang kena bagi orang cerdik perintah, saya ingin terangkan bahawa kita kena faham betul-betul.



“Dulu ada orang kata kalau Anwar perintah habis orang Melayu, tutup habis sekolah agama, dulu masa kempen orang kata bila Anwar jadi Perdana Menteri tudung semua tak boleh pakai, habis ini (orang-orang pakai tudung), apa?

“Jadi, saya minta Pulau Pinang terus kukuh (di bawah PH), saya berhubung rapat dengan Ketua Menteri, apa yang boleh Kerajaan Pusat selesaikan kita bantu selesaikan, apa yang perlu negeri selesaikan, negeri selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas sesi ramah mesra bersama warga Balik Pulau di tapak pasar malam di pekarangan Masjid Daerah Barat Daya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar juga menafikan dakwaan bahawa beliau tunduk dengan DAP dalam urusan-urusan pentadbiran negara



“Betul DAP ini kawan kita, kita bagi jawatan dekat dia, tapi bos siapa dia, hang ingat aku bodoh.

“Anthony Loke Menteri Pengangkutan, dia ikut dasar bawa ke Jemaah Menteri, Perdana Menteri setuju baru jalan, saya ni kalau hampa maki macam mana pun tetapi nak beli Anwar Ibrahim tak boleh,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau akan meneruskan reformasi negara dengan mengubah negara ini ke arah kebaikan dengan sedaya upaya.

“Negara ini kaya tapi hilang banyak, jadi apa yang perlu dilakukan ialah hentikan amalan curi harta rakyat.



“Tidak kira hang (kamu) pakai serban, baju kot atau semua, Tan Sri, Tun, atau daripada parti mana pun, kalau hang curi duit, kita masukkan bilik saya di Sungai Buloh (penjara) kosong lagi,” tambahnya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel



Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker