Tolong ‘Bossku’ atau kami tak bantu kempen PRN – Akar umbi

Tolong ‘Bossku’ atau kami tak bantu kempen PRN – Akar umbi

Sekumpulan ahli akar umbi memberikan kata dua kepada Umno – tolong bekas presiden Najib Razak, yang kini dipenjarakan kerana rasuah atau mereka tidak akan membantu kempen untuk PRN akan datang.

Seorang pemimpin akar umbi Umno yang enggan namanya disiarkan berkata, satu-satunya sebab beliau dan rakan-rakan masih bersama parti itu adalah dengan harapan Najib dibebaskan.



“Kami mahu dia (Najib) tampil membantu parti kembali ke zaman kegemilangan. Kami tahu kepimpinan sekarang tidak akan mampu berbuat demikian dan satu-satunya orang yang boleh menyelamatkan parti ini ialah Najib,” katanya.

Beliau berkata, ahli akar umbi menuntut Umno membantu Najib dalam perbicaraan terhadap pertuduhan berkait skandal kewangan 1MDB.

Bagaimanapun, akar umbi melihat tiada siapa berusaha untuk membantu Najib dan mereka berikrar “mengajar parti itu dalam pilihan raya akan datang”, kata sumber parti tersebut.

“Kami akan tunggu dan lihat sehingga DUN dibubarkan, dan jika tiada usaha dibuat untuk membantu Najib, kami tidak akan berkempen untuk parti.”



Bekas perdana menteri itu berdepan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berkait dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang dimasukkan ke dalam akaunnya di AmBank antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Seorang lagi pemimpin akar umbi dari Johor berkata, walaupun tidak menentang presiden sekarang, Zahid Hamidi, mereka merasakan “Najib adalah pemimpin lebih baik.”

“Kepimpinan sekarang lebih tertumpu kepada diri sendiri, bukannya prinsip parti tidak seperti Najib yang menjaga semua orang.”

Beliau berkata, Najib yang digelar “Bossku”, adalah seorang yang sangat disayangi ahli akar umbi.



“Mereka lebih gembira bila Najib ada kerana beliau sentiasa turun padang dan bertemu kami tetapi kini akar umbi dan pucuk pimpinan seperti orang asing.”

Najib disabitkan bersalah pada Julai 2020 atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah dana SRC berjumlah RM42 juta. Dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu mula menjalani hukuman penjara pada Ogos 2022. Usaha untuk mendapatkan pengampunan diraja, disokong Umno, dimulakan pada April tahun ini.

Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah dan Kelantan akan mengadakan pilihan raya hujung tahun ini. FMT



Tolong ‘Bossku’ atau kami tak bantu kempen PRN – Akar umbi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)



Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang



Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker