Jocelyn Chia wajib dihalang masuk Malaysia, ambil tindakan perundangan

SHAH ALAM – Pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia bukan sahaja perlu disekat masuk ke Malaysia malah dikenakan tindakan lebih tegas tanpa sebarang kompromi mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kerajaan perlu menyiasat di mana individu itu berada, seterusnya mengambil tindakan undang-undang termasuk meminta kerjasama daripada negara yang diduduki oleh wanita tersebut

Beliau berkata, laporan jenayah perlu dibuat oleh kedutaan Malaysia di negara tempat wanita itu membuat persembahan menghina Malaysia dan mempersendakan kejadian kapal terbang MH370 yang terhempas.



“MHO bersetuju agar individu yang biadab ini disekat masuk ke Malaysia dan tindakan ini boleh dilakukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.

“Tetapi sekatan masuk Malaysia tidak memadai kerana MHO yakin individu ini mungkin tidak berminat untuk masuk ke Malaysia.

“Namun tindakan tegas lain perlu diambil termasuk meminta negara yang di mana persembahan itu dilakukan untuk mengenakan hukuman perundangan kepada Jocelyn Chia,” katanya pada Jumaat.

Hishamuddin berkata, tindakan sivil juga boleh dilakukan Wisma Putra melalui kedutaan Malaysia dengan memulakan tuntutan sivil kepada wanita berkenaan di negara di mana wanita itu melakukan persembahan.



Tegas beliau, perkara tersebut diharap dapat memberi teladan kepada wanita berkenaan dan bertanggungjawab di atas apa yang telah ‘dirosakkan’ olehnya.

Malah tambah beliau, wanita tersebut wajar membayar pampasan ganti rugi kepada kerajaan Malaysia atas tindakannya menjatuhkan reputasi negara di mata dunia.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia juga perlu menggunakan saluran diplomatik dengan menghantar nota bantahan kepada kerajaan di mana wanita itu mendapat kerakyatan baharu supaya tindakan dapat diambil ke atas bekas rakyat Singapura itu mengikut undang-undang di negara berkenaan.

“Diharap kerajaan memandang serius perkara ini, bukan hanya menyekat kemasukan wanita ke Malaysia malah mengambil tindakan undang-undang.



“Tindakan tegas adalah penting supaya dapat memberikan teladan kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba atau ingin memburuk-burukkan nama baik negara,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung



Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker