“Bagai sirih pulang ke gagang”, Anwar tiba hadiri PAU 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur tepat pada pukul 9 pagi tadi.

Beliau yang berbaju Melayu berwarna biru muda diiringi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Turut hadir adalah pemimpin kanan Gabungan Parti Sarawak (GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu dan timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Begitu juga, Presiden parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal serta beberapa pimpinan parti komponen Barisan Nasional, termasuklah Presiden MCA, Datuk Deri Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran.

Semua pimpinan berkenaan tiba selepas Ahmad Zahid menyempurnakan upacara perhimpunan sang saka bangsa tepat jam 8 pagi tadi.

Kehadiran pemimpin Kerajaan Perpaduan itu adalah bagi memenuhi jemputan UMNO buat kali pertama ke Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang berlangsung selama empat hari bermula 7 Jun lalu

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker