Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin mengecam Khairy Jamaluddin yang menggelarnya sebagai musuh kesihatan awam kerana menentang rang undang-undang kawalan merokok.

Sebagai reaksi kepada kecaman tersebut, pengerusi Umno Sabah yang dipetik New Straits Times itu berkata, dia akan mendedahkan kepada umum apa yang dihisap bekas menteri kesihatan berkenaan.

“Siapa KJ? Dia sudah tiada platform, cuma juruhebah radio, dia hanya ‘hantu raya’. Dia membentangkan undang-undang yang merampas hak rakyat (untuk merokok).

“Dia mahu orang ramai berhenti merokok, tetapi tanya dia… apa yang dia hisap?” katanya.

Bung Moktar berkata demikian sebagai menjawab kenyataan bekas ahli Parlimen Rembau berkenaan yang mengkritiknya kerana menentang Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Untuk Kesihatan Awam 2023.

Terdahulu Khairy melalui hantaran di Instagramnya semalam melabelkan Bung Moktar sebagai “musuh kesihatan awam” kerana menentang rang undang-undang itu.

Tahun lalu versi terdahulu rang undang-undang itu – dinamakan Rang Undang-undang Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 – dibentangkan di Dewan Rakyat.

Ketika itu Khairy masih menjadi menteri kesihatan dan berada dalam kerajaan BN-PN. Bagaimanapun ia gagal mendapat kelulusan. Mk

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker