Pelanggan mengamuk di kedai nasi dagang sebab mahu dipanggil sebagai ‘abang’ dan ‘baby’ [VIDEO]

SUBANG JAYA – Gara-gara tidak dipanggil dengan gelaran manja ‘abang’ atau ‘baby’ oleh pekerja restoran, seorang lelaki bertindak mengamuk membaling beberapa biji kerusi dan menendang meja di sebuah restoran sekitar Putra Height, di sini, Ahad lalu.

Bukan itu sahaja, lelaki yang bertindak agresif itu turut menjerit serta membaling bungkusan dan minuman panas sehingga terkena pada seorang kanak-kanak berusia empat tahun, namun didapati tiada kecederaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengusaha restoran terbabit setelah video kejadian itu tular di media sosial, hari ini.



Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian pada pukul 9 pagi itu berpunca daripada salah faham diantara pekerja mangsa dan suspek.

“Pekerja lelaki itu telah memanggil suspek dengan panggilan ‘pak cik’, tetapi suspek meminta pekerja itu memanggil dirinya dengan panggilan ‘abang’ atau ‘baby’ namun tidak diendahkan oleh lelaki itu.

“Setelah pekerja mangsa menyerahkan bungkusan makanan dan minuman yang dipesan oleh suspek, suspek terus bertindak agresif dengan menjerit memaki hamun serta mengugut akan merosakkan harta benda kedai tersebut.

“Suspek bertindak membaling bungkusan makanan dan minuman panas ke dalam ruang restoran,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Menurut Wan Azlan, suspek juga telah membaling beberapa biji kerusi di dalam premis berkenaan dan juga menendang meja beberapa kali sehingga mendatangkan ketakutan dan gangguan kepada pelanggan lain yang berada di dalam restoran.

Tambah beliau, usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dilakukan.

“Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 506/352 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta supaya menyalurkan maklumat jika terlihat suspek melalui no telefon 03-78627100 Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Dinesh A/L Ganasan di talian 011-33094457. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]



Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker