Al-Nassr belasah Messi tanpa Ronaldo
Al-Nassr belasah Messi tanpa Ronaldo
Meskipun turun tanpa khidmat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr nyata terlalu kuat buat Inter Miami apabila dibelasah 6-0 dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Riyadh.
Lionel Messi yang dimasukkan di lewat permainan tidak mampu membantu Inter Miami bangkit daripada kekalahan itu ketika Ronaldo diketepikan susulan kecederaan betis.
Ketiadaan Ronaldo tidak menjejaskan Al-Nassr apabila penyerang Brazil, Talisca meledak hatrik dan kelab Arab Saudi itu membolosi gawang Miami tiga kali dalam tempoh 12 minit pertama.
Otavio membuka jaringan untuk Al-Nassr, diikuti jaringan Talisca sebelum Aymeric Laporte menewaskan penjaga gol Miami, Drake Callender dengan sepakan percuma dari kawasan sendiri.
Talisca meledak gol keduanya menerusi sepakan penalti di babak kedua dan Mohammed Maran menanduk masuk gol kelima Al-Nassr.
Talisca melengkapkan hatriknya diikuti gaya Ronaldo meraikan jaringan, sebelum Messi masuk pada tujuh minit terakhir.
Untuk rekod, kali terakhir Ronaldo dan Messi bertembung di atas padang ialah ketika aksi persahabatan antara pilihan Arab Saudi menentang Paris Saint-Germain pada Januari tahun lalu.
Ronaldo meledak dua gol manakala Messi satu gol, ketika pilihan Arab Saudi menewaskan juara Perancis itu 5-4. HM
Al-Nassr belasah Messi tanpa Ronaldo
Baca Artikel Menarik:
- 3 kemungkinan dibuat Lembaga Pengampunan
- Kenapa saya kahwin wanita lebih tua
- Biodata yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
- Adibah tetap lawan Rosland berkenaan hak penjagaan kekal dua anak
- Mahfuz pula bayar saman RM250,000 kepada Sanusi
- SPRM beku akaun Tan Sri berkait kontrak bekal kenderaan kerajaan
- Kini akad nikah dibenarkan di dua masjid suci
- Rayuan bekas pegawai khas Hishammuddin Hussein didengar hari ini
- Tertuduh terakhir kes kongsi isteri dihukum penjara 13 tahun, 12 sebatan
- Rasa macam pengantin – Al-Sultan Abdullah
- Piala Asia: Akibat bergaduh dengan jurulatih, penjaring terbanyak dihantar pulang
- Ketua Pesuruhjaya SPRM mengadap TMJ di Kuala Lumpur
- Majikan beri bonus 13 bulan dan ikan kerapu 5kg sempena Tahun Baru Cina
- Inspektor didakwa merogol gadis ketika beri keterangan gambar lucah, kini dalam siasatan polis
- ‘Jangan sampai kami bermalam di KOMTAR 10 hari, sambil bakar ikan’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)
Kediaman Najib lengang tanpa penghuni
You must be logged in to post a comment.