Empat doktor ditahan terlibat aktiviti palsu sijil kelahiran

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 12 orang individu termasuk empat doktor perubatan swasta selain dua pegawai agensi kerajaan dan enam orang awam ekoran dipercayai terlibat aktiviti memalsukan dokumen sijil lahir bagi mendaftarkan anak angkat.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia lingkungan 42 hingga 81 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang dalam satu serbuan berasingan dilakukan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.

Katanya, pemohon iaitu orang awam akan membayar wang rasuah sama ada secara peribadi atau menerusi orang tengah kepada doktor di klinik tertentu bagi mendapatkan surat pengesahan kelahiran palsu.

“Difahamkan doktor tertentu akan menandatangani borang kelahiran bagi mengesahkan kelahiran pemohon di klinik berkenaan walaupun ianya tidak berlaku.

“Kemudian dengan pengesahan tersebut, pemohon atau orang tengah akan menguruskan pendaftaran kelahiran dan sekiranya terdapat keraguan pihak berkaitan, mereka akan memaklumkan kepada pemohon bahawa permohonan tidak dapat diproses dan perlu menunggu tindakan lanjut.

“Kaunter agensi kerajaan kemudian akan merujuk permohonan ini ke Bahagian Siasatan Khas untuk dibuka fail siasatan,” katanya di sini tadi.

Jelas sumber lagi, pemohon atau orang tengah kemudiannya akan cuba berurusan dengan pegawai agensi kerajaan bagi mendapatkan status permohonan.

“Sekiranya permohonan ditolak atau disenarai hitam, mereka akan menawarkan sejumlah wang rasuah kepada pegawai terlibat untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan itu.

“Difahamkan jumlah bayaran rasuah yang diterima adalah antara RM2,000 hingga RM6,000 bagi setiap kes,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 dan Seksyen 18 ASPRM 2009.

“Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur esok kira-kira pukul 8.30 pagi untuk urusan permohonan reman,” katanya

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker