Dua lelaki ditahan kes tikam warga emas

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga emas ditemui maut dipercayai ditikam di kawasan semak berhampiran Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, mangsa berusia 70-an itu ditemui tidak sedarkan diri dan berlumuran darah kira-kira pukul 7.45 malam.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, mangsa yang tidak diketahui identitinya itu telah ditikam dengan menggunakan senjata tajam.

“Bertindak atas maklumat, dua suspek iaitu lelaki tempatan berusia 50 dan 60 tahun masing-masing telah ditahan di dua lokasi berbeza iaitu Hospital Bukit Mertajam (HBM) dan pekarangan Klinik Kesihatan Berapit hari ini.

“Kedua-dua orang suspek dipercayai telah datang ke lokasi itu untuk mendapatkan rawatan dipercayai akibat mengalami kecederaan disyaki berkaitan dengan kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Cheng San berkata, semakan rekod lampau kemudian mendapati, salah seorang daripada suspek mempunyai tiga kes jenayah dan tujuh kes berkaitan narkotik manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang rekod berkaitan.

“Punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa sehingga berlakunya pergaduhan yang mengakibatkan kematian. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati,” ujarnya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker