Rider diburu polis babit kes bunuh dekat Klang

Rider diburu polis babit kes bunuh dekat Klang

POLIS kini memburu seorang lelaki yang dikenali sebagai Rider dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki di sebuah rumah dekat Taman Sentosa Utama, Klang pada 26 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun mengalami 27 kesan kecederaan pada seluruh badan dan patah tulang kiri.



Beliau berkata, pakar forensik mengesahkan punca kematian disebabkan kecederaan tisu lembut yang teruk akibat trauma tumpul.

“Suspek yang dikenali sebagai B. Perkas Rao atau Rider berusia 41 tahun masih diburu polis.

“Lelaki itu mempunyai empat rekod lampau dalam jenayah dan dua rekod dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalah membunuh.



Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222. Utv

Rider diburu polis babit kes bunuh dekat Klang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam



Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker