Walaupun dipecat, Tajuddin akan hadir Perhimpunan Agung UMNO petang ini

Walaupun dipecat, Tajuddin akan hadir Perhimpunan Agung UMNO petang ini

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dipecat parti itu akan hadir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 petang ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Salak mengakui tidak malu untuk hadir PAU meskipun bukan lagi bergelar ahli parti.



Pada 30 September tahun lalu, MKT UMNO menggantung keahlian Tajuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani selama enam tahun.

Ketika ditanya adakah beliau akan hadir seorang diri ataupun bersama ‘teman’ lain yang senasib dengannya, beliau tidak mengulas pertanyaan itu.

“Jam 3.30 petang hari ini, saya akan ke WTC (Pusat Dagangan Dunia, tempat berlangsungnya PAU2023).

“Apa nak dimalukan? ” katanya.



Tajuddin adalah Ahli MKT UMNO yang dilantik oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

Beliau tewas dalam merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO 2018 lalu, sebelum dilantik ke beberapa jawatan dalam parti termasuk Pengarah Pilihan Raya UMNO. BH

Walaupun dipecat, Tajuddin akan hadir Perhimpunan Agung UMNO petang ini

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung



Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker