Status hubungan punca pemain bola sepak belasah kekasih

Status hubungan punca pemain bola sepak belasah kekasih

Pertelingkahan berkaitan status hubungan mereka, dipercayai menjadi punca seorang pemain bola sepak tempatan mengasari kekasihnya hingga menyebabkan kecederaan mangsa, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata siasatan mendapati suspek berusia 30 tahun itu bertengkar dengan kekasihnya yang berusia 37 tahun berhubung status hubungan mereka.

“Kami tidak boleh mendedahkan punca sebenar pertikaian yang berlaku antara mereka buat masa ini kerana ia boleh menjejaskan siasatan polis.

“Bagaimanapun, saya boleh mengesahkan bahawa wujud salah faham mengenai hubungan mereka yang mendorong suspek memukul mangsa,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan dahi dan lebam di beberapa bahagian badan dalam kejadian itu.

Menurut beliau, suspek memberi kerjasama sepanjang siasatan berjalan dan dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai dirakam keterangan, semalam.

Semalam dilaporkan, seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan kerana disyaki menyebabkan kecederaan kepada teman wanitanya di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Mohamad Fakhrudin dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berhubung kejadian itu pada jam 6 petang.

Katanya, selain mencederakan mangsa, suspek juga merosakkan telefon bimbit mangsa.

Suspek ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah hotel di Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

Laporan sebelum ini menyebut seorang bekas pemain kebangsaan dipercayai membelasah kekasihnya sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka baru-baru ini.

Menurut sumber, pemain terbabit yang masih aktif beraksi bersama sebuah pasukan terkemuka itu dikatakan sering melakukan perbuatan terbabit sehingga menyebabkan kekasihnya yang juga seorang doktor mendedahkan perkara itu kepada umum.

Kejadian kelmarin menyebabkan wanita berkenaan lebam di tangan dan beberapa kesan calar sebelum mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik swasta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 / 427 Kanun Keseksaan. BH

Status hubungan punca pemain bola sepak belasah kekasih

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker