Zahid kata tak perlu, Tok Mat kata minta maaf jika DAP besar hati

 

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menyambut baik seruan sayap pemuda Umno agar DAP meminta maaf daripada parti itu.

Katanya, sebagai sebuah parti dalam kerajaan, DAP seharusnya berbesar hati menerima saranan berkenaan.

“Cadangan (Pemuda Umno) yang baik. Bagi saya, kalau DAP berbesar hati mereka boleh minta maaf kepada Umno.

“(Kalau) minta maaf kepada Sarawak (GPS) boleh, lagi bagus jika minta maaf kepada Umno.

“Kita akan bekerjasama dalam satu kerajaan dan DAP mesti berbesar hati,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai tuntutan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh ketika ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi tadi.

Akmal berkata tohmahan yang pernah dilemparkan oleh DAP terhadap Umno sebelum ini mengguris hati semua ahli parti itu.

Justeru, Akmal dalam ucapannya menuntut DAP supaya meminta maaf secara terbuka kepada Umno sekiranya ingin melembutkan hati mereka.

Katanya, jika DAP boleh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini, mengapa tidak Umno.

Bagaimanapun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata DAP sebagai rakan sekutu dalam Kerajaan Perpaduan tidak perlu memohon maaf kepada parti itu.

Kata Zahid perkara berkenaan telah diselesaikan ketika rundingan penubuhan kerajaan pusat dan tidak seharusnya dibangkitkan lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker