Anwar jamin keputusan PRN tidak jejas hubungan PH-BN

Enam pilihan raya negeri (PRN) akan datang dianggap sebagai ujian penting pertama terhadap prestasi Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam menerajui kerajaan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bagaimanapun berkata keputusan PRN tidak akan menjejaskan kestabilan pentadbiran persekutuan.

Dalam temu bual dengan program 101 East Al-Jazeera English (AJE), Anwar ditanya sama ada terdapat kebimbangan Perikatan Nasional (PN) akan mendesak undi tidak percaya jika pembangkang berjaya memberi kejutan dalam PRN yang semakin hampir.

“Mereka boleh memberi sedikit tekanan, tetapi mereka tidak akan, dalam apa cara sekalipun, menjejaskan kedudukan kerajaan persekutuan,” katanya.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikuasai PH, serta Kedah, Terengganu dan Kelantan yang ditadbir PAS.

Sementara itu, ketua pembangkang Hamzah Zainudin, yang turut dipaparkan dalam dokumentari bertajuk “From Prison to Prime Minister: Malaysia’s Anwar Ibrahim”, meramalkan PN akan “menang besar” dalam PRN.

“Rakyat masih bersama kita dan mereka tidak percaya bahawa kerajaan sekarang ini boleh menguruskan dan… mungkin mereka hanya menunggu kita untuk mengambil alih,” katanya.

Hamzah, yang juga setiausaha agung Bersatu, menegaskan bahawa PN akan “tiada pilihan selain mengambil alih”, jika PHpimpinan Anwar dan sekutunya gagal mengurus kerajaan sedia ada.

Hamzah berkata demikian sebagai menjawab sama ada dia akan berpuas hati menunggu empat hingga lima tahun lagi untuk cuba mendapatkan mandat pada pilihan raya umum akan datang.

“Mereka (pentadbiran Anwar) tidak mempunyai keutamaan buat masa ini, mereka hanya mahu mengutuk pembangkang,” katanya.

‘Kuasa minoriti’

Dalam responsnya, Anwar berkata beberapa “kuasa minoriti” – iaitu mereka yang sedang dibicarakan dalam kes rasuah – akan melakukan apa sahaja dalam usaha untuk “menyelamatkan diri mereka”.

“Tetapi tiada pencabar serius sekarang. Kami mempunyai majoriti dua pertiga,” tegasnya.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin sebelum ini berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM232 juta. Dia meminta dibicarakan bagi kesemua tujuh pertuduhan berkenaan.

Semua pertuduhan itu berkaitan program Jana Wibawa, yang diperkenalkan pada 2020 ketika dia menerajui kerajaan yang bertujuan membantu perniagaan bumiputera semasa pandemik Covid-19.

Pemimpin PN lain turut didakwa atas tuduhan rasuah membabitkan program Jana Wibawa era Muhyiddin, termasuk bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dan timbalan ketua bahagian Segambut Adam Radlan Adam Muhammad.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker