PM sah hadir PAU 2023 pagi ini – Ahmad Maslan

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada Jumaat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Ahli Parlimen Tambun tersebut akan tiba sekitar jam 8.30 pagi

“Perdana Menteri akan datang esok. Saya dimaklumkan bahawa Perdana Menteri akan hadir esok.

“Kami akan bermula esok (jam) 8 pagi, jadi saya kira Perdana Menteri akan hadir 8.30 pagi,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Khas di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Khamis.

Pada 7 Februari lalu, kemunculan Anwar selepas hampir 25 tahun tidak ‘menjejakkan kaki’ ke Ibu Pejabat UMNO, beliau kembali ke tempat di mana bermulanya karier politik beliau sebelum ini.

Ia adalah kerana untuk menghadiri Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di menara berkenaan.

Beliau tidak lagi mengunjungi bangunan itu sejak dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 3 September 1998.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker