Ebit Lew bantu ibu tunggal bertatu di Jakarta, Indonesia

PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bantu ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang berusia empat tahun seorang diri.

Menerusi hantaran di Facebooknya, wanita berusia 21 tahun bernama Mondy itu dilihat dipenuhi tatu termasuk dalam matanya.

Ebit berkata, Mondy terpaksa keluar dari rumah sewanya kerana sudah tidak mampu menanggung bayarannya dan kini hanya tidur di jalanan.



“Cantik dan baik adik ni. Kehidupan anak ‘punk’ jalanan. Dari kecil hidup susah dan di jalanan.

“Masa kami mula sampai Mondy asyik menangis terharu. Dia baru keluar dari rumah sewa tak mampu bayar tidur dijalanan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ebit juga berkata, pihaknya berusaha untuk mendapatkan pekerjaan buat Mondy secepat mungkin.

Katanya, Mondy memasang niat untuk berhijrah ke arah lebih baik dengan istiqamah menunaikan solat serta berpakaian menutup aurat.



“Asyik menangis tengok baju dan tudung ini. Dia eringin nak hijrah solat menutup aurat dan menjadi hamba Allah yang baik.

“Doakan buat Mondy, Allah Maha Kaya semoga dipermudahkan jalan hijrah dan rezekinya. Ujian kita berbeza-beza.

“Insya Allah kami akan bantu beri tempat tinggal dan bantu cari kerja untuknya supaya dapat terus hijrah,” jelasnya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)



Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang



Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker