Afnan Hamimi dilantik Ketua Pemuda PN yang baharu

Afnan Hamimi (dua dari kanan) menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Pemuda PN disampaikan Muhyiddin. – Foto ihsan Facebook Perikatan Nasional

Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden dilantik sebagai Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang baharu, berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan itu diumumkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, melalui satu kenyataan hari ini.

Persetujuan melantik Afnan Hamimi yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dibuat melalui mesyuarat Majlis Tertinggi PN semalam yang berlangsung di ibu pejabat PN malam tadi.

Afnan Hamimi menggantikan penyandang yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari.



“PN mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan menzahirkan penghargaan kepada Yang Berhormat (YB) Ahmad Fadhli Shaari di atas sumbangan serta jasa bakti yang dicurahkan sepanjang memikul amanah sebagai Ketua Pemuda PN dari 26 Januari 2022 hingga 19 Januari lalu,” katanya.

Dalam mesyuarat PN dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Hamzah berkata banyak perkara disentuh antaranya terkait hal rakyat dan isu semasa.

Ia turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau serta Ahli Majlis Tertinggi PN yang lain.

“Majlis Tertinggi membincangkan situasi terkini beban sara hidup yang semakin mendesak.



“Ia termasuklah isu kenaikan tarif air dan sebelum suara mendesak kerajaan Persekutuan memberi keutamaan kepada isu ekonomi dengan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Hamzah memaklumkan Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat PN dan Pemukiman Pemerkasaan PN akan dianjurkan dalam masa terdekat.

Jelas Ahli Parlimen Larut itu, ia adalah komitmen PN untuk meneruskan agenda pemerkasaan parti.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan



Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk



SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker