John Dihani berlagak, Shuib tetap saman

John Dihani berlagak, Shuib tetap saman

Pelawak dan penyampai radio, Shuib tetap dengan pendirian untuk membawa pemilik akaun, John Dihani ke muka pengadilan meskipun individu itu sudah tampil memohon maaf secara terbuka.

Shuib berkata, dia hanya ingin bersemuka dan menyelesaikan isu itu di mahkamah kerana sudah memberi peluang kepada individu berkenaan sebelum ini.



“Dia ada menghantar mesej langsung kepada saya, semalam untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, tetapi saya buat keputusan tidak mahu berjumpa.

“Sebarang perbincangan boleh dibuat melalui peguam dan surat sudah dihantar kepadanya.

“Saya tidak mahu berjumpa dengannya kerana caranya sangat berlagak. Sedangkan, saya tidak kenal dia dan tidak pernah mengusik keluarganya.

“Jika dia merasakan dirinya hebat sangat, bolehlah berjumpa saya di mahkamah,” katanya.



John Dihani membuat permohonan maaf secara terbuka di IG petang tadi.
John Dihani membuat permohonan maaf secara terbuka di IG petang tadi.
Sementara itu, pemilik akaun John Dihani dilihat membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram, petang tadi.

John Dihani mengakui, melakukan kekhilafan sehingga hantaran dimuat naik bertarikh 30 Jun lalu menuduh Shuib sebagai anggota pertubuhan Freemason berikutan poster iklan barangan kemas yang memaparkan wajahnya sebagai satu kesilapan.

“Saya dengan rendah hati dan penuh penyesalan di atas khilaf yang saya lakukan.

“Dengan ini saya ingin membuat permohonan maaf terbuka kepada Shuib dengan penuh ikhlas berkaitan posting, sehingga mengundang fitnah ke atas dirinya.



“Dan disebabkan hantaran dalam Instagram, ramai yang meninggalkan komen. Tindakan saya mengiyakan komen ditinggalkan pengguna lain sehingga terjerumus dan membawa kepada fitnah kepada Shuib dan arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah.

“Jauh dan ikhlas di sudut hati, saya menyesali tindakan saya berkongsi hantaran yang saya ambil daripada akaun Facebook orang lain tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada perkongsian membuta tuli kepada Shuib sekeluarga,” katanya yang berharap Shuib bersedia untuk bersemuka dan dan menerima permohonan maaf. BH

John Dihani berlagak, Shuib tetap saman

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah



Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker