PH-BN yakin tawan 2 negeri pembangkang – Anwar

PH-BN yakin tawan 2 negeri pembangkang – Anwar

Anwar Ibrahim yakin kerajaan perpaduan pimpinannya bukan saja dapat mengekalkan tiga negeri ditadbir Pakatan Harapan dengan kemenangan lebih besar, malah menawan dua negeri pembangkang.

Perdana menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan kajian di lapangan dilaksanakan pasukannya, menunjukkan kerjasama PH-BN disenangi rakyat.



Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan dua negeri itu.

“Kalau dari segi BN dan PH kita tentunya tumpu keenam-enam (negeri) tetapi mengikut perkembangan yang ada sekarang setelah semua kajian dibuat, saya lihat tiga negeri ini sangat kuat.

“Sekarang kita menjurus kepada dua negeri (ditadbir PAS) dan (negeri mana) itu saya akan umum nanti,” katanya selepas merasmikan pelancaran “Buku Adab Perbezaan Pendapat dalam Pengukuhan Perpaduan Nasional”.

Mengulas pertindihan kerusi antara PH dan BN menjelang PRN, Anwar berkata ia sudah selesai namun beliau masih memberi ruang kepada kepimpinan negeri untuk menyatakan pandangan.



“Setakat ini tiada (pertindihan kerusi), saya bincang dengan (pengerusi BN) Zahid Hamidi tidak ada apa dah (selesai) tapi kita bagi ruang lagi kalau ada pandangan yang ingin dikemukakan oleh kepimpinan negeri,” katanya.

Pada 1 Julai lalu, Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata BN dijangka bertanding 45% daripada 245 kerusi DUN dalam PRN di enam negeri.

Beliau berkata, ini bermakna BN dijangka bertanding lebih 100 kerusi DUN, manakala baki 55% kerusi akan ditandingi PH.

Anwar yang juga presiden PKR menambah, PH dan BN akan merasmikan jentera bersama di Selangor Jumaat ini dalam usaha gabungan itu melancarkan gerak kerja di peringkat akar umbi. FMT



PH-BN yakin tawan 2 negeri pembangkang – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM



Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?



Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker