Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Dewan Ulamak Pas berhubung beberapa kenyataan mengelirukan yang dikeluarkan ahli parti itu.

Beliau berkata, terdapat tiga persoalan yang tidak diperbetulkan iaitu Nabi Allah Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman Affan RA pernah ke Kedah dan sesiapa yang tidak menyokong Pas adalah musuh Allah.

“Saya nak tanya, sebab apa ustaz-ustaz dan tok guru Pas tak bagi teguran dan betulkan kesilapan seperti ini. Pas sepatutnya berdakwah dengan lebih berhikmah kerana memiliki sokongan ribuan penyokong yang berpegang kepada walak dan kepemimpinan parti.



“Ini masalah umat, ribuan penyokong-penyokong yang walak tapi tak betul, kita berdakwah tetapi kita izinkan kepalsuan,” katanya ketika menghadiri majlis minum petang bersama penduduk Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau mendapat sokongan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun tidak bersama dengan parti itu.

“Allah SWT mengangkat darjat agama Islam itu yang tertinggi, bukan parti…tinggian itu Islam dan yang mana ikut, kita hormat dan jangan kita ganti pula hadis itu.

“Saya minta beberapa soalan ini dijawab dan kenapa mereka tidak memperbetulkan kekeliruan ini. Tak perlu polis panggil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) panggil, majlis fatwa atau majlis agama tetapi parti itu sendiri yang perlu betulkan demi menegakkan agama Islam sekali gus mengelakkan kekeliruan,” katanya.



Syeikh Muhd. Zainul Asri yang juga Mudir Pondok DarSA Kuala Nerang dalam ucapannya pada Himpunan Kedah Berselawat Berbusana di Stadium Darul Aman pada Sabtu lalu itu didakwa menyentuh tentang isu ‘musuh Allah’.

Beliau kemudian membuat permohonan maaf berhubung perkara tersebut serta menjelaskan yang ucapannya itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan telah disalah tafsir.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perdana Menteri perlu pecat menteri buat kecoh di KLIA – Ketua Pemuda UMNO



Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker