Tony Pua terima balasan, DAP tidak calonkannya dalam PRN

PUTRAJAYA: DAP tidak berhasrat mencalonkan Tony Pua pada PRN akan datang, kata Setiausaha Agungnya Loke Siew Fook.

“Beliau (Pua) sendiri tidak berminat bertanding dalam pilihan raya dan kami tidak berhasrat mencalonkannya,” kata Loke selepas merasmikan sebuah majlis di sini.

Semalam, Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki menggesa DAP tidak membenarkan Pua bertanding pada PRN akan datang kerana melabelkan Barisan Nasional (BN) “korup”.



Pua dalam majlis makan malam kutipan dana DAP Jumaat lalu berkata, beliau berharap PH dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa membabitkan Umno dan BN pada PRU akan datang.

Kenyataan kontroversi Pua itu membingungkan beberapa pemimpin BN, dengan Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker menggesa Loke memecat Pua sebagai penasihat dasarnya bagi “membuktikan komitmen DAP terhadap kerajaan perpaduan”.

Tetapi, Loke menolak gesaan Ti dengan berkata, peranan Pua itu tidak rasmi.

“Biar nyatakan dengan jelas — ‘penasihat dasar’ bukan jawatan rasmi dalam parti. Tiada jawatan sedemikian dalam perlembagaan parti, ia sekadar peranan penasihat.”



Katanya, terpulang kepada dirinya sama ada mahu mendapatkan nasihat daripada penasihatnya, sambil menegaskan beliau tidak akan teragak-agak menegur ahli DAP jika mereka membuat kesilapan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker