Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Makin pelik fesyen dia sekarang

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

HANGAT di media sosial mengenai penyanyi, Masya Masyitah yang sering berfesyen pelik sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen.

Terkini, Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff memuat naik beberapa foto di Instagram miliknya dengan mengenakan stokin jarang sehingga menampakkan seperti warna kulit peha.



Namun, segelintir netizen merasakan penyanyi berusia 23 tahun itu memakai seluar ‘legging’ berwarna kulit tetapi masih tidak sesuai untuk menggayakan sebagai wanita berhijab sepertinya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Sempurna Seadanya itu mengenakan pakaian serba hitam dan memakai tudung dengan dibiarkan begitu sahaja sehingga menampakkan leher.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa hairan dengan fesyen yang ditonjolkan oleh penyanyi lagu Hapus itu malah mempersoalkan gaya berkenaan.

“Tak malu ke pakai macamtu, semoga istiqomah kak.



“Cantik, tapi tak silap ‘legging’ tu jarang, maaf kalau tersalah tengok.

“Peha bukan aurat kot untuk dia, tapi aku perasan dia ni memang minat orang duk kecam dia. Nak popular ikut situ.

“Pelik-pelik je fesyen kau dik. Apa ke pakai tudung tapi peha nampak. Takkan tak segan kot,” tulis beberapa netizen.

Bagaimanapun, ada juga segelintir komen-komen netizen mendoakan yang terbaik untuk penyanyi lagu Simpanan itu malah meminta padam gambar terbabit untuk mengelakkan fitnah.



“Dik nasihat saya. Jangan menampak kan Islam itu hina dimata yang bukan Islam. Kalau yang bukan Islam itu menghina kita itu biasa. Yang luar biasanya apabila kita sendiri lahirnya Islam dan bertudung berpakaian yang sangatlah tidak baik untuk dipertontonkan. Awak public figure. Orang ramai kenal.

“Mungkin banyak adik adik yang baru naik remaja atau remaja sekolah yang mengidolakan adik. Mohonlah tunjuk contoh fesyen yang baik baikk. Elak kan sesuatu yang

boleh memulakan untuk berlaku nya fitnah. Nasihat saya delete dik gambar ni. Content masak masak popia adik lebih baik daripada gambar ini.

“Minta maaf dulu la ya. Saya tak nak la cakap saya alim. Saya cuma nak pesan sikit. Mengaku diri kita islam. Mengaku cinta kan allah dan nabi.



“Tapi dengan cara pemakaian yang di tunjukkan, sedikit pun tidak menunjukkan diri seorang wanita islam. Cara macam ni akan memesongkan fikiran wanita yang muda dan menyukai fesyen. Tak salah kalau nak berfesyen tapi fikirkan la agama yang kita

bawa,” tulisnya.

Secara detail, bekas juara Ceria Popstar itu dilihat memakai skirt pendek beserta sarung kaki jarang dan but tinggi berwarna hitam malah gaya itu merupakan inspirasi daripada gadis Jepun yang sering mengenakan pakaian bagai bintang animasi.

Sehingga kini, bekas naib juara Bintang Kecil RTM itu tidak memberikan sebarang respon tentang komen-komen yang diterima.



Penyanyi ini juga pernah menerima kritikan sama sebelum ini kerana berani tampil dengan fesyen pelik dan berkongsi di media sosial. Utv

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya

“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker