Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Kerajaan disarankan supaya segera berbincang langkah-langkah untuk menangani isu krisis kejatuhan wang ringgit yang berlaku di negara ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata, ringgit sudah lama jatuh dan jika berterusan ia akan membawa kesan buruk terhadap harga barang dan makanan yang banyak bergantung kepada import.

“Rafizi kata kerajaan tidak bincang lagi pun tentang sama ada kerajaan akan campur tangan untuk mempertahankan ringgit, dia kata kita bukan ada banyak rizab pun untuk mempertahankan ringgit.



“Ada banyak cara kerajaan boleh mempertahankan ringgit dan bukan hanya dengan menggunakan rizab.

“Perlu bincang segera, jika tidak takkan kerajaan ingin biarkan ringgit jatuh begitu sahaja, Rafizi (Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli)?” soalnya dalam siaran di Facebook pada Rabu.

Pada Selasa, media melaporkan bahawa Rafizi memaklumkan tiada sebarang perbincangan dibuat oleh kerajaan untuk terbabit secara terus dalam mengimbangi isu kejatuhan pasaran modal dan ringgit yang mencetuskan kebimbangan banyak pihak pada waktu ini.

Menurutnya, kerajaan melihat setiap campur tangan bagi menyokong pasaran modal dan ringgit akan membabitkan kos yang besar, yang mana dana itu sepatutnya disalurkan kepada keperluan rakyat dan pembangunan ekonomi Malaysia.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia



Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata



Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker