Mangsa ketawa peragut larikan rantai emas palsu

HANOI, Vietnam –  Seorang wanita di Vietnam yang sedang menyampu sampah  di luar rumahnya hanya ketawa melihat rantai emasnya dilarikan  oleh seorang pencuri, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Mangsa tidak bersedih apabila rantai leher dianggarkan bernilai  24.9 juta dong (RM4,915) itu diragut kerana ia adalah barang kemas palsu.

Rakaman  video kejadian yang tular di laman sosial antarabangsa menunjukkan wanita itu dengan santai menyapu sampah di tepi jalan raya di hadapan rumahnya apabila seorang peragut yang menaiki motosikal menghampirinya.

Dia pantas merentap  rantai leher emas mangsa dan melarikan diri.

Anehnya, mangsa ketawa dengan kuat dan menjerit sesuatu kepada pencuri yang melarikan diri.

Difahamkan dia kemudian membuat laporan polis  dan mengaku bahawa  rantai lehernya palsu.

Pihak berkuasa menyatakan, kejadian  berlaku pada 16 Jun lalu.

Polis meneliti sistem televisyen litar tertutup  dalam usaha memburu  suspek. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker