Rohana Jalil ‘pergi’ selepas kami selesai baca Yasin – Haiza

Rohana Jalil ‘pergi’ selepas kami selesai baca Yasin – Haiza

Allahyarham Rohana Jalil meninggal dunia sebaik majlis bacaan Yasin yang diadakan rakan-rakan malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan rakannya yang juga penyanyi dan penyampai radio, Haiza.



“Usai bacaan Yasin malam tadi untuk Kak Ana kami dikejutkan dengan pemergian akak. Bila akak bertarung dengan sakit yang akak lalui sebenarnya Allah nak angkat darjat akak. Moga bertemu di syurga kak. Al Fatihah DARA JALIL. Haiza sayang Kak Ana,” tulisnya di Instagram.

Haiza turut menitipkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham menerusi hantaran sama.

“Selamat berehat Kak Ana. Allah lebih sayang Kak Ana. Allah permudah segala urusan,” tulisnya.

Rohana atau nama sebenarnya Dara Abd Jalil meninggal dunia pada usia 68 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam tadi.



Terdahulu, Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat komplikasi kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.

Dilahirkan pada 18 Februari 1955, Allahyarham memulakan kerjaya seni selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM 1980.

Antara lagu popularnya ialah Rayuanku, Resahku dan Naluri Cinta iaitu merupakan lagu duet bersama To’ki.

Allahyarham berkahwin dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon, Kilafairy. HM



Rohana Jalil ‘pergi’ selepas kami selesai baca Yasin – Haiza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?



Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis



Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker