Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Kajang: Pekerja sebuah kedai serbaneka di Bandar Rinching di sini, cedera di muka selepas ditumbuk lelaki mabuk kerana menegurnya mengambil payung di dalam premis berkenaan malam tadi.

Bapa mangsa, Shahrul Aminshah Aziz, 40, berkata anak lelakinya yang berusia 17 tahun itu berkerja sambilan di kedai serbaneka itu selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).



“Ketika kejadian dua lelaki yang mabuk masuk ke premis dan cuba mengambil payung.

“Anak saya menegurnya namun kemudian ditumbuk salah seorang lelaki terbabit. Apa yang menjengkelkan adalah tindakan lelaki terbabit yang mengambil swafoto anak saya selepas ditumbuk,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, anaknya kini menerima rawatan di Hospital Kajang akibat kecederaan di bahagian muka.

“Laporan polis sudah dilakukan di Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut, saya mohon mana-mana individu yang mengenali lelaki ini tampil memberikan maklumat kepada polis,” katanya.



Sementara itu, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan ianya dalam tindakan pihak polis untuk mengesan suspek. HM

Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat

Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan



Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen

Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker