Doktor Yasmin, si duyung cantik

Doktor Yasmin, si duyung cantik

London: Yasmin Awan, dari Liverpool, England, adalah seorang doktor perubatan, namun pada waktu lapang dia berubah menjadi ikan duyung yang sangat cantik.

New York Post melaporkan apabila Awan, 28, yang bekerja di unit trauma Hospital Aintree tidak bertugas, dia bertukar menjadi ‘ikan duyung’ profesional dengan membuat persembahan untuk pelbagai parti termasuk majlis hari jadi kanak-kanak dan perkahwinan.



Awan, yang nama duyungnya ialah Athena Storm, menjelaskan dia mula meminati profesion itu enam tahun lalu.

“Enam tahun lalu semasa saya mengikuti pengajian dalam Sarjana Perubatan, saya berada di perpustakaan hingga lewat malam, selain menghabiskan banyak masa dalam talian.

“Ketika itu saya menemui iklan ‘belajar menjadi ikan duyung’ dan mula menjalani kursus itu pada hujung minggu untuk menjadi duyung profesional,” kata doktor muda itu kepada South West News Service.

Untuk menjadi ikan duyung yang profesional, dia terpaksa belajar menahan nafas di bawah air dan diajar cara berenang dengan monofin, sirip yang kelihatan seperti ekor ikan duyung.



“Orang ramai tidak fikir menjadi ikan duyung adalah sangat rumit. Ia bukan sekadar berdandan.

“Saya terpaksa belajar menahan nafas untuk jangka masa yang lama. Semuanya sangat teknikal tetapi ramai tidak menyedarinya,” katanya.

Kini, dia dan kawan baiknya menjalankan perniagaan bersama-sama bernama Aquatic Mermaids, yang mempunyai kumpulan ikan duyung profesional yang boleh disewa di pesta kanak-kanak, acara korporat dan persembahan akuarium.

Awan juga mempunyai dua ekor set duyung yang diperbuat daripada bahan berbeza, getah dan kain. HM



Doktor Yasmin, si duyung cantik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah



Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew



Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker