Nama calon KPN, Timbalan dipersembahkan kepada Agong

Nama calon KPN, Timbalan dipersembahkan kepada Agong

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, hari ini mempersembahkan nama calon Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara kepada Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pertemuan berlangsung selama lebih sejam bermula jam 2.45 petang tadi di Istana Negara.



Difahamkan nama untuk calon Ketua Polis Negara yang dicadangkan adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Difahamkan ada empat nama calon yang dipersembahkan untuk jawatan Timbalan Ketua Polis Negara.

Mereka adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Ayob Khan; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Hazani Ghazali dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din.

Satu lagi nama bagaimanapun ini tidak dapat dipastikan.



Sementara itu Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, ketika dihubungi BH memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang maklumat tentang perkara itu.

“Setakat ini saya tidak mempunyai maklumat tentang nama-nama calon Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara, dan menyerahkannya segala keputusan kepada Menteri Dalam Negeri dan kepimpinan Kerajaan Malaysia,” katanya.

Nama semua calon berkenaan dicadangkan untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong, bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Polis Negara yang pada masa ini dijawat oleh Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Sebelum ini Acryl mengesahkan bakal mengakhiri jawatannya pada minggu pertama Julai ini.



Acryl yang menerajui PDRM selepas mengambil-alih jawatan berkenaan dari Tan Sri Abdul Hamid Bador, pada Jun 2021 sepatutnya mengakhiri tugasnya secara kontrak sebagai Ketua Polis Negara, pada Oktober depan namun memutuskan untuk bersara lebih awal.

Langkahnya itu adalah bagi mengisi kekosongan jawatan sebuah syarikat perbankan milik kerajaan yang memerlukannya bertugas dalam masa terdekat.

Susulan pemilihan bakal Timbalan Ketua Polis Negara ini, satu jawatan Pengarah PDRM bakal ada kekosongan. BH

Nama calon KPN, Timbalan dipersembahkan kepada Agong



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?



Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis



Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker