Ayob Khan di laluan pantas jadi IGP

Ayob Khan di laluan pantas jadi IGP

Ketika spekulasi bertiup kencang tentang keputusan Acryl Sani Abdullah Sani yang akan mengakhiri tugasnya sebagai ketua polis negara (IGP) pada Khamis ini, timbul pula dakwaan seorang pegawai kanan polis dikatakan akan diberi “laluan pantas” untuk mengisi jawatan itu.

Malaysiakini difahamkan bahawa ini mungkin berkaitan dengan pemindahan Ayob Khan Mydin Pitchay, sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mac lalu.



Ayob, seperti kebanyakan pengarah lain di Bukit Aman, memegang pangkat pesuruhjaya polis dan adalah antara beberapa pegawai kanan yang dikatakan akan dipertimbangkan untuk menggantikan jawatan timbalan IGP.

Acryl Sani dilaporkan akan menamatkan kontraknya empat bulan lebih awal dan ini akan menyaksikan timbalannya Razarudin Husain menggantikannya. Namun pelantikannya juga adalah berdasarkan kontrak kerana dia juga telah melepasi umur persaraannya pada Mac.

Menurut sumber dalam pasukan itu, ini bermakna Razarudin akan diberikan kontrak untuk jawatan sebagai IGP, yang tempoh perkhidmatannya akan ditentukan oleh kerajaan.

Sumber mencadangkan bahawa tempoh Razarudin sebagai IGP mungkin selama setahun, atau mungkin lebih pendek, untuk membuka laluan kepada Ayob mengambil alih tidak lama kemudian.



Ini, menurut sumber yang rapat dengan keluarga diraja Johor, mungkin berlaku bertepatan apabila Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya pada awal 2024.

Malaysiakini masih belum dapat pengesahan rasmi mengenai tempoh kontrak baharu Razarudin, yang sepatutnya bermula sejurus selepas Acryl berundur minggu ini, dan jika Ayob dilantik sebagai timbalan IGP memandangkan beberapa pegawai tertinggi kerajaan yang dihubungi memilih untuk “menutup mulut”.

Sumber itu memberitahu Malaysiakini bahawa bukan rahsia bahawa Sultan Johor telah berkenan dengan Ayob sejak dia ditugaskan ke Johor sebagai ketua polis negeri pada 2020.

“Agak jelas bahawa Tuanku mahu Ayob sebagai IGP. Tuanku tertarik dengan Ayob yang menunjukkan kesetiaannya semasa memimpin kontinjen polis Johor,” kata sumber itu.



Sumber mendakwa Ayob telah berjaya menarik perhatian Sultan Ibrahim dengan sifat profesionalismenya dalam menjalankan tugas, termasuk melenyapkan tanggapan bahawa dirinya mungkin pro-Mahathir.

Apabila Ayob ditugaskan ke Johor pada 6 Februari 2020, Dr Mahathir Mohamad adalah perdana menteri ketika itu dan diketahui umum dia tidak mempunyai hubungan baik dengan Sultan Johor.

“Jadi, apabila Ayob dihantar ke Johor sebagai ketua polis negeri, ramai yang menyangka dia dihantar oleh Mahathir. Tambahan pula, dia juga dari Kedah, dan ini menjadikan khabar angin semakin kencang.

“Tetapi Ayob telah menjelaskan kepada Tuanku bahawa dia tidak berminat untuk terlibat dengan politik, dan membuktikannya dengan bersikap profesional.”



Sumber itu juga mendakwa dirinya, antara ramai lagi, yang telah mendengar Sultan Ibrahim memuji Ayob dan prestasinya sebagai ketua polis negeri.

Ayob, kini 57, memulakan kerjayanya dalam pasukan polis pada 1991 dengan menghabiskan masa bertahun-tahun berkhidmat di cabang risikan Cawangan Khas.

Dia kemudiannya dinaikkan pangkat dan diberi kepercayaan untuk mengetuai Bahagian Counter-Terrorism Cawangan Khas.

Pegawai kelahiran Pendang itu kemudian dihantar ke Johor sebagai ketua polisnya pada 2020, sebelum kembali ke Bukit Aman untuk mengetuai Jabatan Anti-Narkotik pada Disember 2021, dan kemudiannya berpindah mengetuai CID pada April tahun ini. MK



Ayob Khan di laluan pantas jadi IGP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?



Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker