Khabar angin tidak berasas – TMJ

Khabar angin tidak berasas – TMJ

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan sebab-sebab pemainnya, Safawi Rasid mahu terus bersama pasukan itu.

Pemain kebangsaan itu dikatakan mahu mencari pasukan baharu selepas berkelana ke Ratchaburi FC sebagai pemain pinjaman.



Sri Pahang antara pasukan Liga Super yang berminat mendapatkan khidmat pemain kelahiran Terengganu itu, namun Safawi kemudian mengumumkan yang dia akan terus kekal bersama Harimau Selatan.

“Siapa yang keluarkan cerita perlu menyebut tentang JDT. Siapa yang percaya lebih jahil daripada yang keluarkan cerita.

“Apa yang ada di JDT? Apa yang ada di pasukan lain? Letakkan anda di tempat pemain JDT. Kenapa perlu mereka keluar? Minit bermain? Di JDT, permainan berkualiti, bukan perlawanan semata-mata.

“Safawi pergi pinjaman akhirnya balik ke JDT sendiri dan nak kekal di JDT. Kenapa? Duit, kemudahan dan pencapaian,” kata Tunku Ismail.



Menurut Tunku Ismail, khabar angin berkenaan Safawi mahu mencari pasukan baharu tidak masuk akal kerana JDT adalah destinasi terbaik untuk mana-mana pemain bola sepak. BH

Khabar angin tidak berasas – TMJ

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi



Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker