Pelakon Curang Dengan Isteri Drummer

Tatu Badan Pun Wajah Si Penyondol

Pelakon Curang Dengan Isteri Drummer

Sejak beberapa hari ini, nama adik pelakon Raffi Ahmad iaitu Syahnaz Sadiqah menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas dia dituduh berlaku curang dengan pelakon kacak, Rendy Kjaernett.

Isu tersebut mula tercetus selepas isteri Rendy iaitu Lady Veronica Nayoan mendedahkan beberapa perbualan mesej mesra antara suaminya dengan Syahnaz iaitu isteri kepada Ritchie Ismail atau lebih dikenali sebagai Jeje Govinda.



Dakwa Lady, hubungan terlarang antara suaminya dan Syahnaz berlaku sejak Julai 2022 iaitu ketika dirinya sarat hamil sehinggalah kini anaknya, Jacob mencecah usia enam bulan.

Kalau kalian benar-benar cinta macam kalian cakap seperti suami isteri, saling menganggap rumah, dan punya cita-cita untuk bersama, kalian harusnya berani untuk terbuka, berani selesaikan hubungan dengan isteri dan suami masing-masing dulu.

Lebih meruntun hati apabila Lady melihat tatu yang ada pada badan suaminya adalah wajah Syahnaz. Menurut sumber, Rendy berbuat demikian kerana berang Lady pernah membuat laporan berhubung masalah yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

Buat tatu wajah Syahnaz?



Difahamkan, laporan tersebut telah ditarik balik selepas Lady melakukan perbincangan bersama Rendy, Syahnaz dan Ritchie Ismail.

Pada 11 September lalu, aku dah maafkan Syahnaz sebab kita masih ada shooting bersama. Aku maafkan kerana aku masih percaya kalian masih punya hati. Dengan keadaan aku tengah sarat hamil (ketika itu), aku tak nak isu ini berpanjangan kerana nak fokus dengan kesihatan dan kehamilan.

Tetapi Syahnaz dikatakan memungkiri janjinya dan kembali berhubung dengan Rendy pada Januari 2023. Malah pelbagai bukti lain yang menguatkan lagi dakwaan tersebut termasuklah Syahnaz membelikan Rendy sebuah telefon bimbit berserta nombor baharu dan kerap keluar bersama-sama selain berkunjung ke set penggambaran Rendy.

Untuk info, Rendy dan Lady mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Manakala, Syahnaz dan Ritchie iaitu drummer band Govinda bernikah pada tahun 2018 dan dikurniakan dua anak.
Sumber: Detik, CNN Indonesia



Pelakon Curang Dengan Isteri Drummer

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia



Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata



Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker