Masalah kebocoran usus bukan berpunca bariatrik – suami Rohana

Masalah kebocoran usus bukan berpunca bariatrik – suami Rohana

Suami kepada Allahyarham Rohana Jalil, 68, iaitu Jahangir Khan, 66, menafikan pembedahan bariatrik dilakukan isterinya menjadi punca kepada masalah kebocoran usus dialami.

Jahangir berkata, dia baru sahaja mengetahui arwah pernah melakukan pembedahan bariatrik beberapa tahun lalu.



Bagaimanapun, Jahangir berkata, dia sudah dimaklumkan pakar yang merawat arwah bahawa masalah kesihatan dialami bukan berpunca bariatrik iaitu kaedah klinikal mengatasi masalah berat badan berlebihan atau penyakit gastrik.

“Mungkin juga ada sedikit kesan pembedahan ini, tetapi saya pun baru tahu mengenai pembedahan bariatrik dilakukan arwah. Ada juga kemungkinan arwah kurus disebabkan kaedah alternatif ini.

“Bagaimanapun, doktor sudah mengesahkan pembedahan bariatrik dilakukan tidak ada kena-mengena dengan dengan kebocoran usus dialami.

“Syawal tahun lalu fizikal arwah semakin susut, tetapi dia enggan ke hospital disebabkan percaya berat badan turun kerana bariatrik sehinggalah mula sakit perut, baru-baru ini.



“Arwah juga barangkali fikir badannya semakin kurus kerana prosedur berkenaan,” katanya ditemui selepas urusan pengebumian arwah Rohana di Tanah Perkuburan Islam USJ22, di sini, hari ini.

Terdahulu, Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil yang juga penyanyi popular era 1980-an menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.34 malam semalam.

Jenazah arwah Rohana selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, di sini, kira-kira jam 11.45 pagi semalam.

Sebelum itu, jenazah Rohana yang juga penyanyi popular era 1980-an itu disolatkan di Masjid Al-Falah USJ9. BH



Masalah kebocoran usus bukan berpunca bariatrik – suami Rohana

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia



Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata



Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker